Servis SEO

APA ITU SEO & SERVIS SEO ?

Pernahkah anda terpikir bagaimana enjin carian popular seperti Google/Yahoo/Bing dapat memaparkan website-website tertentu mengikut kata carian (keyword) yang tertentu? Fungsi utama syarikat-syarikat enjin carian ini adalah untuk memberikan sesuatu maklumat yang terbaik & tepat (website) berdasarkan apa yang dicari oleh pengguna Internet.

Oleh itu, enjin carian seperti Google/Yahoo/Bing ini menggunakan konsep (algorithm) yang “memberi markah” kepada website yang berada di dalam database enjin carian. Website yang mempunyai “markah tertinggi” akan menduduki posisi utama (1st rank) di dalam keputusan carian.

servis seo - dnz advertising
Sumber: www.pinagency.com

Bagi pengguna Internet & Google diluar sana, SEO adalah Search Engine Optimization dimana SEO ini bermaksud suatu proses (secara berterusan) untuk menaikkan “markah” website & memberitahu enjin carian tentang kewujudan & kandungan website tersebut.

Servis SEO pula merupakan servis untuk “memberi markah” kepada website anda supaya website tadi mendapat posisi tertinggi & mendominasi ranking utama di enjin-enjin carian seperti Google/Yahoo/Bing. Secara khususnya, para pelanggan akan menggunakan khidmat 3rd party ataupun SEO Specialist bagi melakukan kerja-kerja servis SEO ini kerana mereka ini merupakan pakar di dalam mengoptimakan website & membantu website anda lebih mudah difahami & mesra enjin carian dan seterusnya mendominasi ranking teratas sekali.